tanpa aku sedari ...jantungku tiba-tiba berdebar... melihat wajahnya yang melirit tajam memandang ke arahku... segala-segalanya menjadi bingung. pengertian yang tiada penantian. semuanya berlalu begitu sahaja.
.......kembali ke alam nyata, hadir dalam setiap pemerhatianku sentiasa menjangka sesuatu. namun aku keliru sama ada untuk membiarkan atau cuba untuk mencapainya. lebih memberikan kesukaran kepadaku adakah laluan itu benar terbaik buatku.
.......sekali lagi kembali ke alam nyata,lamunan ku tersentak dek satu wajah yang sentiasa menyiga dalam kotak fikiranku....adakah sesiapa yang masih mampu mengjangka wajah itu... aku masih mengharap agar suatu hari nanti akan ada yang mampu menekanya... dan pertama kali aku merasakan keistimewaanku adalah apabila aku melihat wajahnya semalam... nampak sayu dan penuh pengharapan... kali ini aku sedar bahawa semalam akan tetap semalam dan hari ini akan tetap hari ini serta esok akan tetap esok... tak akan pernah tiga hari akan bersatu...
........tidak lagi perlu melayang jauh, semasa mengukir kata buat atma bebicara wajahnya seiring dengan ku... setiap perjalanan ia mengekoriku... cerita telenovela LALOLA PUKUL tiga setengah petang.... terbayang-bayang.... erms tapi jangan salah faham wajah itu tetap dalam dimensi lain... tiada kaitan...
.........sebelum dakwat mengiakan suatu rahsia biarkan aku menyimpan nya dahulu... aku yakin andai siapa yang terbaca nukilan ini berdoalah untuk kesejahteraan kita semua. moga Allah maha agung merestui perjalanan ini... biarkan cinta dan kasihnya menyapa pintu hati... betapa aku merindui belas kasihnya...Ya Allah.
Friday, May 22, 2009
semalam aku terlihat wajahmu
Posted by m.open.Q at 5:29 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)