
assalamualaikum,
pernahkah anda memikirkan tentang ketamadunan yang pernah di capai oleh umat islam pada suatu ketika dahulu? di sini saya ingin berkongsi mengenai kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah.
secara umumnya tamadun islam unik berbanding tamadun-tamadu awal yang lain didunia kerana tamadun islam muncul di kawasan yang terpencil iaitu di kawasan Hijaz yang terletak ditengah-tengah padang pasiryang kering - kontang . sedangkan tamadun awal yang lain wujud di Lembah Sungai Tigris - Euprates.Nil,Indus dan Hwang Ho. oleh sebab itu, perkembangan tamadun Islam muncul berasaskan pemikiran dan kemahiran manusia di samping anugerah Allah S.W.T. yang maha esa. Ketika tamadun Islam berkembang ,tamadun rom dan parsi juga berkembang di sebelah utara semenanjung tanah arab.
Masyarakat Arab Jahiliyah
masyarakat jahiliyah berasal daripada bahasa Arab iaitu perkataan jahala yang membawa maksud jahil,tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan .
orang islam menggunakan istillah ini untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak pemikiran dan kehidupan masyarakat.
umummya tempoh masa zaman jahiliyah bermula dengan peristiwa keruntuhan Empangan Maarib di Sabak pada tahun 300 m. dan berakhir dengan turunnya wahyu pertama kepada nabi Muhammad s.a.w yang menandakan bermulanya Zaman Islam pada tahun 610 m.
masyarakat arab ketika itu dikenali sebagai masyarakat jahiliyah kerana:
- masyarakat arab pada ketika itu enggan menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi yang terdahulu.
- zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana tidak menynbah tuhan yang esa
- kebanyakkan ahli masyarakat arab menyembah bahala dan mengamalkan animiseme
- kehidupan masayarakat arab yang kucar kacir.
- tiada nabi dan kita untuk dijadikan pertunjuk keyika itu,
- akhlak mereka yang rendah dan sikap mereka yang angkuh dan bongkak
dikategorikan kepada 2
- masyarakat badwi: masyarakat nomad yang hidup berpindah randah di kawasan pendalaman khususnya di bahagian tengah semenanjung tanah arab.
- masyarakat hadari: penghuni kota yang khususnya menetap di kawasan persisiran pantai semenanjung tanah arab.
dalam konteks ini saya ingin mengingatkan diri saya bahawa sendiri, kejahilan manusia tidak pernah akan berubah selagi kita tidak mendapat hidayah dan pertunjuk dari Allah. memang benar kita mempuyai ramai cerdik pandai sekarang tapi kita jangan lupa bahawa masyarakat arab jahiliyah mempunyai ramai cerdik pandai. kalau tidak masakan mereka mampu membina semua tamadun ditengah-tengah padang pasir. sekarang saya mohon kepada pembaca tepuk dada tanya iman, kita sekarang dan dahulu tidak berbeza pun!
baiklah saya teruskan dengan lebih terperinci mengenai zaman jahiliyah yang berlaku. ketika zaman tersebut nabi dan kitab tidak ada untuk dijadikan pertunjuk manakala pada zaman sekarang kita mempunyai kitab iaitu Al-Quran dan Nabi Muhammad sebagai rasul. malangnya kita lupa dan kita tidak mengamalkannya. bukankah kita sekarang lebih jahil dari zaman kejahilan dahulu. memang benar ketika zaman jahiliyah tidak mempunyai kitab untuk dijadikan pertunjuk tetapi pada zaman hari kita mempunyai kitab tetapi kita tidak menggunakannya.
oleh sebab itu saya merayu dan bermohon kepada pembaca-pembaca supaya bersama-sama menghayati hidayah yang ALLAH telah berikan kepada kita untuk memelihara kemuliaan hidayah Islam.
berbalik kepada pembicangan agama dan kepercayaan zaman jahiliyah terdapat empat bentuk kepercayaan agama ketika itu:
- animisme
- wathani
- samawi
- kepercayaan khurafat
Tambahan pula dari segi politik mereka,
- mengamalkan sistem kabilah
- semangat assabiyah
- berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok
- setiap kabilah mempunyai identiti masing-masing
- sesebuah kabilah terdiri daripada keterunanan dan suku kamu tertentu
- ahli sesebuah kabilah sangat taksub dengan kabilah mereka
- setiap kabilah diketuai oleh syeikh
oleh sebab itu berlakunya perang al - basus selama 40 tahun antara bani taghlib dan bani bakar apabila tindakan seorang ahli bani bakar membunuh bani taghlib.
dari segi ekonomi pula mereka menjalankan ekonomi yang tidak adil berasaskan riba dan penindasan. selain itu, penindasan dilakukan terhadap golongan yang lemah dan dan miskin. bagi mereka rompakan dan rampasan adalah aktiviti yang sah.
dalam hal ini jelas menujukkan perkembangan dan cara hidup yang berbeza dari apa yang di tegaskan dalam agama islam. saya sekali lagi ingin menyatakan bahawa saya tidak lah pakar mengenai sejarah perkembangan sesebuah bangsa dan hanya melakukan rujukan melalui pembacaan dalam buku teks. tetapi sebagai tanggungjawab saya tak sebesar mana untuk membantu kita dalam memahami permulaan ketamadunan islam supaya kita akan sentiasa kuat untuk berjuang dan berjihad ke jalan Allah. BELAJAR ITU JIHAD UNTUK KITA!