Assalamualikum...
Bersua kita kembali. melalui maklum balas yang saya terima mungkin maksud utama "what is open" masih belum begitu jelas. sebenarnya blog 'what is open' membawa misi saya iaitu ingin membuka mata pembaca sejauh mana keterbukaan itu dapat diterima oleh masyarakat terutama sekali golongan remaja.
Mungkin dalam soal ini cara penulisan saya agak konservetif. oleh sebab itu saya memerlukan bimbingan dan kritikan dalam memantapkan penulisan saya. masih berbentuk santai tetapi membincangkan sesuatu perihal dalam konsep ilmiah.
Dalam konteks dunia hari ini, remaja perlu berfikir dengan lebih realistik. hiburan dan zaman 'enjoy' dunia remaja tidak akan menjamin kemantapan negara kita pada masa hadapan andai remaja terlalu leka dan berjalan jauh dari landasan dan teras kehidupan yang sebenar. nak atau tidak, kita perlu berfikiran jauh demi masa depan negara kita. mungkin sesetengah dari golongan remaja memikirkan bahawa remaja tidak perlu memikirkan soal negara(masa depan negara). dalam hal ini saya begitu terpanggil untuk membawa rakan sebaya saya menyelami dunia kehidupan sebenar.
Keterbukaan? sejauh mana keterbukaan kita dalam menghadapi permasalahan tersebut. memang kita mengamalkan demokrasi. tetapi sejauh mana erti kefahaman demokrasi dapat difahami oleh remaja? hal ini menjadi perbincangan utama saya dalam blog ini.
Selain daripada itu, saya juga akan memberi pendapat dalam pelbagai 'range'. mungkin daripada pemerhatian yang saya lihat contonya pembacaan dan kahidupan seharian saya. dengan cara ini pembincangan blog tidak hanya terhad pada perihal remaja malah meliputi kehiudupan global yang berlandaskan syarak dan agama terutama sekali agama saya iaitu Islam.
Saya mempunyai impian yang besar untuk menjadi duta negara ke negara asing kerana saya begitu berminat dengan kebudayaan terutama sekali di negara-negara bekas jajahan soviet yang terdiri dari negara-negara Balkan yang megah dengan perkembangan Islam suatu ketika dahulu. sejak saya mempelajari tentang sejarah ketamadunan Islam saya sudah jatuh cinta dengan kegemilangan masyarakat Islam terdahulu. contohnya ibnu battutah iaitu seorang pengembara Islam termasyur tetapi malangnya pada hari ini sukar untuk saya melihat masyarat islam yang mampu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh beliau. kalau ingin disingkap tentang kehebatan Islam rasanya saya bukan orang yang layak membincangkannya kerana ilmu yang saya peroleh masih terhad dalam apa yang saya pelajari dalam buku teks Sejarah tingkatan empat. malah untuk dapat A1 dalam sejarah pun masih belum saya cengkam. tetapi selagi ada hayat ingin saya mendalami kegemilangan Islam. Allahuakbar!!!
Bismillahirahmanirahim,
aku hanya insan lemah,
tetapi aku punya impian yang besar,
aku tidak punya apa-apa,
tetapi Allah memberikan Iman
aku sering terperangkap dengan tipu daya iblis,
tetapi Allah membekalkan Al-Quran
kesilapan aku adalah
aku selalu gagal membina Iman yang teguh
aku selalu gagal untuk mengucup Al-Quran
dan kegagalan ku perlu aku atasi.
Sekalipun aku punya impian sebesar gunung
andai aku sering alpa
aku tidak mungkin berjaya...
Ya Allah,
berikan lah aku kekuatan
sesunguhnya kecintaan aku hanya padamu,
jauh dari lubuk hatiku
Ya Allah, kau lebih memahami
seluruh jiwaku bergetar kerana
masihkah layak untuk ku menghidu bau syurgamu...
ALLAHUAKBAR!!!
Saturday, October 11, 2008
pengenalan "what is open"
Posted by m.open.Q at 5:08 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
pasal plkn tuh.....
seriosly im said that there's nothing to worried....
at least you follow the modul....
disana kita akan diajar hidup berkerjasama, cara selesai masalah, hidup berdikari and hormat menghormati... actually there's a lot things you can learn there...
apabila dalam kesusahan tuh....first, try to solve it by yourself....second ask the jurulatih "pompuan" dulu if you pompuan la, kalau lelaki x kisah kot....bukan apa...untuk mengelakkan masalah...sebab lelaki nyer jurulatih n staf takut tersexual abuse lak...sebab perangai manusia ni kita x leh ramal...hahaha.... lagi, u need to jaga diri.... time plkn dulu pun ramai yang buat kepala...tapi dia depend on individu tu sendiri... masalah juga timbul hasil hubungan laki ngan pompuan....kat sana pon ramai yang dah pasang... tapi time last tuh, masyaallah...berpelukan pon ader...tu adik kena jaga gak... tapi percaya la kat diri. kalau bab2 pasang nih....jurulatih pon x leh nak halang kan... so buat yang terbaik lah... masalah yang kita tengok pon majoritinya kt peserta tuh sendiri.... so terpulangla kpd diri yang menentukan.... so good luck lah...
Post a Comment