assalamualaikum....nama saya Siti Munirah Bt. Mohamed Noor....saya pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Melaka. Saya pernah belajar di SBP INTEGRASI SELANDAR namun mungkin bukan rezeki saya untuk menghabiskan pengajian di sana...he..he macam dah masuk universiti pula tapi kalau ada rezeki apa salahnya betul tak?
Alhamdullillah dapat juga saya beranikan diri manulis blog dan sememangnya hobi saya adalah menulis. Tidak kira masa mahupun keadaan saya akan cuba untuk meluangkan masa untuk memperjuangkan minat saya. Memang benar kata orang kalau sudah menjadi minat ibarat isi dengan kuku kalau sekali tidak bersama rasanya seperti perit di hiris sembilu. Macam orang bercinta kalau tidak jumpa rasanya pedih sekali tetapi dalam hal ini saya tak pernah mengalaminya. Cuma pemerhatian mata kasar saya sahaja kepada rakan-rakan yang pernah mengalaminya.
Baiklah...sebut tentang perjuangan, selagi saya mampu saya ingin terus memperjuangkan bahasa melayu walaupun saya bukanlah musyi bahasa tetapi kalau boleh saya ingin menggalakkan pembaca-pembaca blog memertabatkan bahasa ibunda. Kalau bukan kita yang mendokongnya terutama sekali orang melayu siapa lagi . Adakah kita mahu orang lain pula?
Pembaca yang dihormati,
Saya sebenarnya tidak menghadkan pembaca blog dari kalangan rakyat Malaysia sahaja. Pembaca - pembaca dari luar negara juga saya alu-alukan kerana saya yakin pada bahasa saya walaupun saya menggunakan bahasa melayu. Manakala konteks penulisan saya adalah lebih menjerumus mengenai keadaan dan isu -isu semasa golongan remaja merangkumi pendidikan dan pemasalahan remaja... ha!? di sini ingin saya tegaskan bahawa bukan semua pemasalahan remaja melalui skop negatif semata-mata tetapi juga dalam skop positif...maksudnya sebagai remaja kita akan melalui pergolakkan perasaan kadang-kadang permasalah yang berlaku simple tetapi kita yang terlalu memfokuskannya sehingga menjadi besar.
akhir sekali saya harapkan ini bukan pertemuan yang pertama atau yang terakhir....pertemuan kali ini adalah titik persahabatan yang menjadi pembimbing kita untuk menjadi insan yang berjaya dan cemerlang. saya harap pembaca blog lain tidak bosan dengan cara penulisan saya. Sekiranya terdapat komen atau pandangan yang bernas amat saya alu-alukan. Ibarat kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. Saya juga amat mengharapkan pembaca-pembaca saya adalah dari golongan cendikiawan bahasa sama ada dari seorang ahli professor,novelis atau motivator. Saya mengharapkan bimbingan anda dalam memantapkan laman blog what is open?
Thursday, October 9, 2008
to visitors
Posted by m.open.Q at 11:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
what is Open?
ape maksudnye?
kamu tau tak kamu cakap dah macam orang dewasa..... kalau tak tulis umur 16 tahun, tentu ana ingat yang kamu dah 20 atau 30 tahun...
tahniah atas perkembangan ini....
url tu address untuk laman web..
yang http:// pastu, sambungannya.. tulah url
kalau xml tu address bagi template yg kita cuba buka...
cuba masuk http://stuff.pyzam.com.
cari template yg diminati.. tekan dekat template tu. pastu cari embbed code.. copy code tu, after that, paste dekat edit html dalam blog kamu....
next time kalau nak leave comment or anything, write at my c-box... yg belah kanan sekali... sng sikit....
Post a Comment