Sunday, December 21, 2008

pertemuan ini... kadangkala menyiksakan...

herm pernah dengar tak lirik lagu nie... tak palah kalu tak pernah dengar tak pa la...
tetapi apa sebenarnya pertemuan yang menyeksakan itu...apakah jenis pertemuan yang terlalu menyiksakan itu...huh...pelik...tapi ada... kenapa wujud suatu pertemuaan andainya ia terlalu menyiksakan.... kihkihkih... sebenarnya saya sendiri tak tahu... tapi saya cuma percaya bahawa setiap pertemuan pasti ada sebab musababnya... sama ada pertemuan itu cuba untuk menuntut kita supaya lebih memahami qada dan qadar... mungkin ada benarnya.

al kisahnya begini, semasa dalam perjalanan menujuke sebuah destinasi yang jauh seorang si polan ini berehat di sebuah kawasan lapang dan diketemukan dengan sebudang tanah yang luas dan cantik... alhamdullilah dengan nikmat kurniaan ciptaan Allah Subahanallah Taala... tanah itu subur dan indah. sesuai untuk pelbagai jenis tanaman. dan dia bercadang untuk mendirikan kampung di situ... segala-gala perancangan sudah tersemat dalam diri hamba ini. di situ dia berjumpa dengan ramai pengembara yang sama sepertinya. setiap dari mereka mempunyai pelbagai kisah dan cerita. mereka kebanyakkannya terdiri dari insan yang punya cita-cita besar. ingin menjadiakan tanah subur itu sebuah perkampungan yang masyur dan kaya dengan pencinta ilmu. ya benar, kebanyakkan insan di sini mencintai ilmu. mereka tidak pernah putus asa menimba ilmu. namun setiap pertemuan ada perpisahan. dia tidak mahu tinggal lebih lama di sana kerana perjalanannya masih jauh. Alhamdulillah, terdetik di hatinya kerna Allah membenarkan dia bertemu tanah subur itu. sekurang- kurangnya ia punya tanaman di tanah subur itu untuk di wariskan pada pencinta ilmu yang masih tinggal di sana. dia bergerak dan masih menuju ke destinasi impian yang masih belum tercapai. dalam perjalanan yang jauh. imbauan tanah indah itu dan pengembara2 lain tersemat dalam ingatannya. ada rahsia yang tersimpan dalam benak hatinya, bahawa dia merindui sahabat2 nya di sana. sebagai manusia kerdil teman adalah kebahagiaan hidupnya. teman yang selalu di ingati nya adalah kekasih hati. ketika mereka bersama-sama membina batas, di situ permualaan perkenalannya. namun, jodoh tidak tidak bersama. dia redha andai Maha Pencipta tidak mengizinkan mereka bersama kerana mereka mempunyai pendirian berbeza. si kekasih mahu mengejar kekayaan duniawi, sering kali dia melihat kekasihnya memuja-muja wang ringgit. memang benar kekasihnya pintar dan cerdik tetapi kepintarannya hanya terletak pada akal semata-mata. sikapnya langsung tidak mencerminkan dia seorang pencinta akhirat. mungkin kerana itu si polan meninggalkan kekasih lantaran hidup tidak sehaluan.
dia masih dalam perjalanan ke destinasi, dia ketemu pula dengan sebuah tanah gersang yang tidak punya sebarang anugerah... tiada tanaman indah menghiasi taman.. tiada liku -liku air mengalir jernih. hanya selembar tanah yang gersang tanpa cerita tanpa makna. dia menadah tangan memohon pada ilahi andai dapat ketemukan ia selopak air untuk menghilang kehausan yang menyiksa. namun puas ia mencari, harapannya hampa. tiba - tiba seorang teman menegur nya dari belakang. dari paras rupanya... dia tidak punya apa-apa selain seukir senyuman yang menyegarkan . tidak pernah dia melihat insan yang bergitu melarat hidupnya mampu mengukir senyuman seindah itu. seolah-olah, keriangan menjiwai hidupnya. lantas si teman mengeluarkan sebotol air untuk dia minum. dia bersyukur dengan pemberian si teman tetapi alangkah sayunya kerana pada fizikalnya seperti si teman lebih memerlukan. ' wahai,teman budiman mengapa kau hulurkan air itu... selihatnya kau lebih memerlukannya' si polan bertanya dengan lembut. tetapi si teman dengan ikhlasnya mengungkap kata' wahai, temanku, aku terlalu memandang tinggi kepada mujahid yang mencintai Allah. kau merupakan insan yang bekobar-kobar mencari ilmu untuk mengubah nasib bangsamu. sebagai musafir di sini kau tetamuku lalu aku terlalu berbangga andai aku dapat membantu kau.' si polan termenung sebentar. tidak dia menyangka si teman terlalu menyanjungi seorang insan yang sedang mencari ilmu. tetapi kenapa dia sendiri tidak cuba mencari ilmu dan kekal di tanah gersang ini ' wahai teman, benarkan aku bebicara sebentar. andai kau pencinta pada insan yang menimba ilmu mengapa kau tidak bersama-sama kami mengejar ilmu.' si teman menundukkan kepalanya lalu bebicara' wahai musafir, aku sememangnya penagih ilmu tetapi ramai yang ku jumpa hanya memerlukan aku sebagai teman ketika sukar. tiada siapa yang sudi membantu aku kerana aku tidak sepintar. mereka tinggal kan aku di tanah gersang ini kerana aku tidak sependirian seperti mereka. tambahan pula aku tidak mampu keluar dari tanah gersang ini kerana aku telah lama gersang pada seorang insan bergelar teman'. si polan mengerti maksud si teman. dia tahu bahawa si teman itu memerlukan seorang teman agar membawa dia keluar dari tanah gersang. ' kalau begitu harapan mu, marilah teman kita keluar dari tanah gersang ini'

maka si polan dan si teman, bersama menimba ilmu hingga berjaya. tetapi apakah pendirian mereka yang tidak mampu di terima sahabat lain. sebenarnya, ia tentang iman, ramai di antara kita diketemukam dengan ramai orang berjaya. tetapi kita jarang diketemukan dengan iman. malah kita terlalu mengangungkan duniawi seperti tiada dunia selain dunia. namun, hanya orang yang di ketemukan iman sebagai teman ia akan selamat dunia dan akhirat. maka pertemuan dengan iman tidak akan menyiksakan malah mampu membahagiakan kita sehingga destinasi kita terakhir di kala kita di himpunkan dipandang masyar... sangka kala di tiup. sesungguh kepa kita yang tidak di ketemukan dengan iman...pertemuan itu pasti menyiksakan.... Nauzubillah.... lindungilah lah kami di antara orang yang beriman. Allhuakbar!!!!

0 comments: